Definisi Rangkaian
Rangkaian komputer bermaksud sumbungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra merah atau satelit.
Kegunaan Rangkaian
- Berkongsi fail - Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat. Contohnya; gambar, fail muzik dan dokumen.
- Berkongsi peranti - Pengguna dapat berkongsi peranti cetak mesin faks, modem pengimbas dan pemacu CD-ROM dengan pengguna lain
- Berkongsi akses internet - Rangkaian komputer membenarkan pengguna mengakses internet secara serentak tanpa perlu membayar ISP untuk beberapa akaun.
- Pengurusan perisian berpusat - Perisian boleh dimuatkan di dalam komputer pelayan (server). Komputer pelanggan (client) dapat berkongsi perisisan dengan pelayan. Hal ini akan menjimatkan masa pemasangan perisian.
- Mel - Elektronik (E-Mel) - Pengguna dapat menghantar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.
Jenis Rangkaian
Bil | Sistem Rangkaian Komputer | ||
1. | Local Area Network (LAN) | Kawasan Kecil (10km) | Sekolah, makmal, dalam sebuah bangunan. |
2. | Metropolitan Area Network (MAN) / |
Kawasan lebih besar
(10-50km)
| Bandar, negeri. |
3 | Wide Area Network (WAN) | Kawasan sangat besar (lebih daripada 50km) |
Seluruh dunia, negara,
Internet
|
Rangkaian Kawaasan Peribadi (Personal Area Network - PAN)
- Rangkaian yang meliputi beberapa meter yang terdiri daripada peranti wireless seperti komputer peribadi, komputer riba, pencetak PDA, telefon selular dan sebagainya.
- Boleh dibuat melalui port USB, Port FireWire, Infrared dan bluetooth
Rangkaian Network Maya / Virtual Private Network (VPN)
- Menggunakan infrastruktur awam dan internet untuk capaian dan akses yang lebih selamat antara ibu pejabat dan cawangan-cawangannya yang lain.
- Menggunakan terowong untuk mengekalkan data terjamin.
- Selalunya digunakan oleh bank dan syarikat berskala besar.
Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar / Wireless LAN (WLAN)
- Menggunakan gelombang radio yang tinggi untuk berkomunikasi antara nod.
- Liputan hanya 100 meter tanpa halangan.
- Menggunakan piawaian 802.11 yang dibina oleh Institute of Electrical and Electronics Engineers, IEEE
Wordwide Interoperability for Microwave Access (WIMAX)
- Menyerupai WiFi
- Juga dikenali sebagai Metropolitan Area Network (MAN)
- Mempunyai 2 bahagian iaitu
- Sistem pangkalan WiMAX yang berasaskan konsep menara telefon bimbit.
- Penerima WiMAX dipasang di rumah.
No comments:
Post a Comment