Tuesday 28 October 2014

JENIS TOPOLOGI

Susunan geometri perkakasan (nod) yang boleh dilihat secara fizikal pada rangkaian setempat (LAN). Terdapat empat topologi yang biasa iaitu rangkaian bintang, cincin, bas dan hybridDalam membincangkan topologi rangkaian, setiap nod dirujuk sebagai sebuah komputer pada rangkaian.

Topologi Bintang
  • Topologi bintang merupakan bentuk topologi jaring di mana semua kabel penyambug dari nod akan masuk ke satu lokasi pusat, di mana  semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagai hab
  • Nod-nod dalam LAN berkomunikasi menerusi hab


Topologi Cincin

  • Nod disambungkan dengan 2 nod yang lain, membentuk satu laluan sejajartunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod.
  • Data akan melalui dari setiap nod ke nod seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui akan menerima  setiap paket data.
  • Penghantaran dan maklumat dilakukan satu arah sahaja (arah jam/lawan jam)
  • Jika sambungan di antara komputer A dan komputer B rosak, komputer B, C, D dan lain-lain nod tidak akan dapat menerima sebarang maklumat dihantar.


Topologi Bas
  • Juga dikenali sebagai bas linear.
  • Merupakan topologi yang paling mudah.
  • Terdiri dari satu kabel yang dikenali sebagai segmen atau tulang belakang (backbone), yang menyambungkan semua nod dalam rangkaian satu barisan.
  • Kelebihan - apabila talian komputer A rosak, hanya komputer A terjejas.
  • Kekurangan - Apabila tulang belakang rosak, seluruh rangkaian terjejas.


Topologi Hybrid
  • Merupakan gabungan ketiga-tiga jenis topologi utama LAN.
  • Pengguna mempunyai akses pada sebarang sumber / data yang dikongsi oleh pengguna di dalam rangkaian.
  • Kebanyakan sumber ditempatkan di pelayan (server)



No comments:

Post a Comment