Tuesday 28 October 2014

JENIS TEKNOLOGI KOMUNIKASI

INTRANET

  1. Rangkaian komputer yang khusus untuk kegunaan pada persekitaran dalaman sesuatuu organisasi.
  2. Menggunakan teknologi rangkaian sebagai alat untuk memudahkan komunikasi antara orang atau kumpulan kerja untuk meningkatkan keupayaan perkongsian data organisasi.
  3. Perkakasan rangkaian internet yang sering digunakan ialah Ethernet, WiFi, TCP/IP, pelayar web dan pelayan web.
  4. Intranet biasanya termasuk akses internet tetapi perlu melalui tembok api (firewall) yang tidak dapat dicapai terus dari dalam dan luar.



EKSTRANET

  1. Rangkaian persendirian yang menggunakan teknologi internet dan sistem telekomunikasi awam untuk berkongsi sebahagian maklumat atau operasi perniagaan dengan pembekal, vendor, rakan kongsi, pelanggan dan sebagainya.
  2. Ekstranet juga dilihat sebagai sebahagian daripada intranet syarikat yang diberikan kepada pengguna di luar syarikat.



INTERNET

  1. Rangkaian glpbal komputer yang saling berkait seluruh dunia dan boleh diakses oleh orang awam.
  2. Merupakan rangkaian komputer yang berlainan yang disambungkan melalui rantaian menggunakan wayar tembaga, gentian optik, dan sambungan tanpa wayar terkini.
  3. Internet berfungsi berdasarkan penghantaran data melalui satu jenis pensuisan paket yang dikenali sebagai IP atau protokol internet.

No comments:

Post a Comment