Pada Tahap II, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) diajar sebagai satu mata pelajaran sebagai persediaan ke sekolah menengah yang menekankan kepada penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran disiplin ilmu TMK yang berteraskan Standard Kandungan dalam Dunia Komputer, Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan Dunia Internet, Dunia Pangkalan Data; dan Pengaturcaraan.
Kaedah penghantaran maklumat seperti surat, televisyen, radio, buku dan surat khabar tidak berubah sejak dari dulu. Bagaimanapun, sistem komunikasi data iaitu komputer menghantar data melalui talian komunikasi seperti talian atau kabel telefon telah berkembang sejak 1960an.
Di awal pengkomputeran, pemprosesan data terpusat telah meletakkan pemprosesan, perkakasan dan perisian di satu lokasi. Pada masa yang sama pengeluar komputer membina komputer kegunaan umum yang besar supaya semua jabatan dalam organisasi mendapat perkhidmatan yang sepatutnya. Bagaimanapun, pemusatan total begini tidak sesuai lagi kerana semua data input mesti dibawa ke pusat pemprosesan dan hasil pemprosesan perlu dihantar secara fizikal kepada pengguna.
Langkah seterusnya ialah mengunakan sistem telepemprosesan iaitu terminal dihubungkan ke komputer melalui talian komunikasi. Sistem ini membenarkan pengguna mencapai komputer pusat dari jauh sama ada dari bangunan atau negeri yang berbeza. Walaupun cara capaian tidak lagi terpusat, pemprosesannya masih dilakukan oleh komputer pusat.
Pada tahun 1970an, perniagaan telah mula menggunakan mini komputer, yang biasanya diletakkan jauh dari komputer pusat, pemprosesannya masih dilakukan tidak lagi berpusat kerana sistem komputer yang kecil boleh melakukan pemprosesan sendiri disamping membuat capaian dari komputer pusat. Kaedah ini dikenali sebagai pemprosesan data teragih. Ia berbeza dari telepemprosesan kerana selain boleh membuat capaian dari jauh, ia juga melakukan pemprosesan dari jauh. Contohnya, perniagaan yang mempunyai banyak cawangan. Keseluruhan gambaran pemprosesan data teragih telah bertukar dengan kehadiran rangkaian komputer peribadi.
No comments:
Post a Comment