- Rangkaian komputer yang khusus untuk kegunaan pada persekitaran dalaman sesuatuu organisasi.
- Menggunakan teknologi rangkaian sebagai alat untuk memudahkan komunikasi antara orang atau kumpulan kerja untuk meningkatkan keupayaan perkongsian data organisasi.
- Perkakasan rangkaian internet yang sering digunakan ialah Ethernet, WiFi, TCP/IP, pelayar web dan pelayan web.
- Intranet biasanya termasuk akses internet tetapi perlu melalui tembok api (firewall) yang tidak dapat dicapai terus dari dalam dan luar.
EKSTRANET
- Rangkaian persendirian yang menggunakan teknologi internet dan sistem telekomunikasi awam untuk berkongsi sebahagian maklumat atau operasi perniagaan dengan pembekal, vendor, rakan kongsi, pelanggan dan sebagainya.
- Ekstranet juga dilihat sebagai sebahagian daripada intranet syarikat yang diberikan kepada pengguna di luar syarikat.
INTERNET
- Rangkaian glpbal komputer yang saling berkait seluruh dunia dan boleh diakses oleh orang awam.
- Merupakan rangkaian komputer yang berlainan yang disambungkan melalui rantaian menggunakan wayar tembaga, gentian optik, dan sambungan tanpa wayar terkini.
- Internet berfungsi berdasarkan penghantaran data melalui satu jenis pensuisan paket yang dikenali sebagai IP atau protokol internet.