Tuesday 28 October 2014

JENIS TEKNOLOGI KOMUNIKASI

INTRANET

  1. Rangkaian komputer yang khusus untuk kegunaan pada persekitaran dalaman sesuatuu organisasi.
  2. Menggunakan teknologi rangkaian sebagai alat untuk memudahkan komunikasi antara orang atau kumpulan kerja untuk meningkatkan keupayaan perkongsian data organisasi.
  3. Perkakasan rangkaian internet yang sering digunakan ialah Ethernet, WiFi, TCP/IP, pelayar web dan pelayan web.
  4. Intranet biasanya termasuk akses internet tetapi perlu melalui tembok api (firewall) yang tidak dapat dicapai terus dari dalam dan luar.



EKSTRANET

  1. Rangkaian persendirian yang menggunakan teknologi internet dan sistem telekomunikasi awam untuk berkongsi sebahagian maklumat atau operasi perniagaan dengan pembekal, vendor, rakan kongsi, pelanggan dan sebagainya.
  2. Ekstranet juga dilihat sebagai sebahagian daripada intranet syarikat yang diberikan kepada pengguna di luar syarikat.



INTERNET

  1. Rangkaian glpbal komputer yang saling berkait seluruh dunia dan boleh diakses oleh orang awam.
  2. Merupakan rangkaian komputer yang berlainan yang disambungkan melalui rantaian menggunakan wayar tembaga, gentian optik, dan sambungan tanpa wayar terkini.
  3. Internet berfungsi berdasarkan penghantaran data melalui satu jenis pensuisan paket yang dikenali sebagai IP atau protokol internet.

JENIS TOPOLOGI

Susunan geometri perkakasan (nod) yang boleh dilihat secara fizikal pada rangkaian setempat (LAN). Terdapat empat topologi yang biasa iaitu rangkaian bintang, cincin, bas dan hybridDalam membincangkan topologi rangkaian, setiap nod dirujuk sebagai sebuah komputer pada rangkaian.

Topologi Bintang
  • Topologi bintang merupakan bentuk topologi jaring di mana semua kabel penyambug dari nod akan masuk ke satu lokasi pusat, di mana  semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagai hab
  • Nod-nod dalam LAN berkomunikasi menerusi hab


Topologi Cincin

  • Nod disambungkan dengan 2 nod yang lain, membentuk satu laluan sejajartunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod.
  • Data akan melalui dari setiap nod ke nod seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui akan menerima  setiap paket data.
  • Penghantaran dan maklumat dilakukan satu arah sahaja (arah jam/lawan jam)
  • Jika sambungan di antara komputer A dan komputer B rosak, komputer B, C, D dan lain-lain nod tidak akan dapat menerima sebarang maklumat dihantar.


Topologi Bas
  • Juga dikenali sebagai bas linear.
  • Merupakan topologi yang paling mudah.
  • Terdiri dari satu kabel yang dikenali sebagai segmen atau tulang belakang (backbone), yang menyambungkan semua nod dalam rangkaian satu barisan.
  • Kelebihan - apabila talian komputer A rosak, hanya komputer A terjejas.
  • Kekurangan - Apabila tulang belakang rosak, seluruh rangkaian terjejas.


Topologi Hybrid
  • Merupakan gabungan ketiga-tiga jenis topologi utama LAN.
  • Pengguna mempunyai akses pada sebarang sumber / data yang dikongsi oleh pengguna di dalam rangkaian.
  • Kebanyakan sumber ditempatkan di pelayan (server)



JENIS SENIBINA RANGKAIAN


Reka bentuk rangkaian komputer dan sistem komunikasi yang merangkumi konfigurasi dan strategi yang digunakan. Termasuklah penggunaan transmisi, perisian, dan protokol - protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data berwayar atau tanpa wayar.

Pengguna - ke- Pelayan ( Client - to - Server )


Ciri - ciri Senibina Pengguna - ke- Pelayan ( Client - to - Server )
  • Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan
  • Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh dilakukan
  • Perbelanjaan yang lebih mahal diperlukan untuk sebuah komputer pelayan
  • Perlu melakukan penyenggaraan (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem
  • Rangkaian tidak berfungsi jika berlaku kerosakan pada pelayan

Rakan - ke - Rakan ( Peer - to - Peer )


Ciri - ciri Senibina Rakan - ke - Rakan ( Peer - to - Peer )
  • Juga dikenali sebagai P2P
  • Tidak terdapat komputer pusat yang mengawal rangkaian dan sumber 
  • Perkongsian pada perkakasan fail boleh dibuat
  • P2P tidak dapat menjamin keselamatan data di dalam sesebuah komputer
  • Semua komputer di dalam rangkaian mempunyai keupayaan yang sama di dalam mengirim, menerima dan memproses fail





DEFINISI, KEGUNAAN DAN JENIS RANGKAIAN


Definisi Rangkaian

Rangkaian komputer bermaksud sumbungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra merah atau satelit.

Kegunaan Rangkaian
  • Berkongsi fail - Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat. Contohnya; gambar, fail muzik dan dokumen.
  • Berkongsi peranti - Pengguna dapat berkongsi peranti cetak mesin faks, modem pengimbas dan pemacu CD-ROM dengan pengguna lain
  • Berkongsi akses internet - Rangkaian komputer membenarkan pengguna mengakses internet secara serentak tanpa perlu membayar ISP untuk beberapa akaun.
  • Pengurusan perisian berpusat - Perisian boleh dimuatkan di dalam komputer pelayan (server). Komputer pelanggan (client) dapat berkongsi perisisan dengan pelayan. Hal ini akan menjimatkan masa pemasangan perisian.
  • Mel - Elektronik (E-Mel) -  Pengguna dapat menghantar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.

Jenis Rangkaian

BilSistem Rangkaian Komputer
Saiz Kawasan
Contoh
1.Local Area Network (LAN)Kawasan Kecil (10km)Sekolah, makmal, dalam sebuah bangunan.
2.Metropolitan Area Network (MAN) /
Kawasan lebih besar 
(10-50km)
Bandar, negeri.
3Wide Area Network (WAN)Kawasan sangat besar (lebih daripada 50km)
Seluruh dunia, negara, 
Internet

Rangkaian Kawaasan Peribadi (Personal Area Network - PAN)
  • Rangkaian yang meliputi beberapa meter yang terdiri daripada peranti wireless seperti komputer peribadi, komputer riba, pencetak PDA, telefon selular dan sebagainya.
  • Boleh dibuat melalui port USB, Port FireWire, Infrared dan bluetooth

Rangkaian Network Maya / Virtual Private Network (VPN)
  • Menggunakan infrastruktur awam dan internet untuk capaian dan akses yang lebih selamat antara ibu pejabat dan cawangan-cawangannya yang lain.
  • Menggunakan terowong untuk mengekalkan data terjamin.
  • Selalunya digunakan oleh bank dan syarikat berskala besar. 

Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar / Wireless LAN (WLAN)
  • Menggunakan gelombang radio yang tinggi untuk berkomunikasi antara nod.
  • Liputan hanya 100 meter tanpa halangan.
  • Menggunakan piawaian 802.11 yang dibina oleh Institute of Electrical and Electronics Engineers, IEEE

Wordwide Interoperability for Microwave Access (WIMAX)
  • Menyerupai WiFi
  • Juga dikenali sebagai Metropolitan Area Network (MAN)
  • Mempunyai 2 bahagian iaitu
    • Sistem pangkalan WiMAX yang berasaskan konsep menara telefon bimbit.
    • Penerima WiMAX dipasang di rumah.

SELAMAT DATANG

BLOG SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET (TMK TAHUN 5)

Pada Tahap II, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) diajar sebagai satu mata pelajaran sebagai persediaan ke sekolah menengah yang menekankan kepada penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran disiplin ilmu TMK yang berteraskan Standard Kandungan dalam Dunia Komputer, Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan Dunia Internet, Dunia Pangkalan Data; dan Pengaturcaraan.

Kaedah penghantaran maklumat seperti surat, televisyen, radio, buku dan surat khabar tidak berubah sejak dari dulu. Bagaimanapun, sistem komunikasi data iaitu komputer menghantar data melalui talian komunikasi seperti talian atau kabel telefon telah berkembang sejak 1960an.

Di awal pengkomputeran, pemprosesan data terpusat telah meletakkan pemprosesan, perkakasan dan perisian di satu lokasi. Pada masa yang sama pengeluar komputer membina komputer kegunaan umum yang besar supaya semua jabatan dalam organisasi mendapat perkhidmatan yang sepatutnya. Bagaimanapun, pemusatan total begini tidak sesuai lagi kerana semua data input mesti dibawa ke pusat pemprosesan dan hasil pemprosesan perlu dihantar secara fizikal kepada pengguna.

Langkah seterusnya ialah mengunakan sistem telepemprosesan iaitu terminal dihubungkan ke komputer melalui talian komunikasi. Sistem ini membenarkan pengguna mencapai komputer pusat dari jauh sama ada dari bangunan atau negeri yang berbeza. Walaupun cara capaian tidak lagi terpusat, pemprosesannya masih dilakukan oleh komputer pusat.

Pada tahun 1970an, perniagaan telah mula menggunakan mini komputer, yang biasanya diletakkan jauh dari komputer pusat, pemprosesannya masih dilakukan tidak lagi berpusat kerana sistem komputer yang kecil boleh melakukan pemprosesan sendiri disamping membuat capaian  dari  komputer pusat. Kaedah ini dikenali sebagai pemprosesan data teragih. Ia berbeza dari telepemprosesan kerana selain boleh membuat capaian dari jauh, ia juga melakukan pemprosesan dari jauh. Contohnya, perniagaan yang mempunyai banyak cawangan. Keseluruhan gambaran pemprosesan data teragih telah bertukar dengan kehadiran rangkaian komputer peribadi.